Breaking News
Home » Uncategorized » Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa Secara Terbuka

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa Secara Terbuka

Anzalna Mohon Maaf Pada Neelofa – Ermm selit cerita dunia artis..dunia hiburan sikit walaupun aku kurang berminat..haha. Sesekali tukar anginlah eh setelah hampir sebulan aku sumbat blog ini dengan cerita euro 2012.. bola..bola..bola je kan. Ini cerita terbaru yang aku petik dari sumber Mstar Online , yer lah kan, kalau aku tak petik sana-sini mana aku nak dapat berita ni sebab aku ni bukan wartawan hiburan. Yang terhangat sekarang adalah isu Anzalna dan Neelofa ni. Dengar cerita Anzalna telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neelofa..eloklah tu.. buat apa di panjangkan cerita. Bukan dapat apa pun.


Antara yang aku petik dari Mstar Online , setelah genap sebulan kontroversi pertelingkahan berlaku, pelakon Anzalna Nasir pada Isnin akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa kerana memfitnah pelakon itu menerusi sebuah akhbar pada 10 Jun lalu. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, turut mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Neelofa tetapi ia bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa.

Petikan permohonan maaf Anzalna kepada Neelofa
Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut. Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,” 
Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Neelofa, Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit. Butiran lanjut mengenai syarat-syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan enggan didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.


Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

One comment

  1. sebab mulut, badan binasa. ==’

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *