Home » Info Hiburan » Anugerah Melodi 2016

Anugerah Melodi 2016

Anugerah Melodi 2016 bakal diadakan buat julung kalinya. Akan mempertandingkan 10 kategori untuk meraikan personaliti yang mewarnai industri seni. Dijadualkan berlangsung pada 10 Disember depan di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada jam 9.00 malam dengan siaran langsung di TV3.

Anugerah Melodi 2016

Anugerah Melodi 2016 akan melibatkan 10 kategori seperti Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi, Personaliti Komedi Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016. Barisan pemenang bakal ditentukan melalui undian sepenuhnya penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula pada 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016 depan.

Anugerah Personaliti Sensasi Melodi 2016 merupakan anugerah utama yang bakal dimenangi oleh personaliti sensasi yang berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan yang luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat umum.

Siapakah yang bakal menang dalam setiap kategori, teruskan mengundi dan nantikan keputusannya pada malam Anugerah Melodi 2016 10 disember ini.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *