Breaking News
Home » Info Hiburan » Anugerah Blockbuster 2011

Anugerah Blockbuster 2011

Anugerah Blockbuster 2011 – Anugerah Blockbuster 2011 yang dianjurkan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) adalah bertujuan untuk mempopularkan produk filem tempatan kepada peminat filem tanahair dengan penglibatan penonton dalam industri perfileman tempatan. Melalui anugerah ini peminat boleh mengundi filem dan pelakon pilihan mereka melalui SMS. 
 
Filem yang diterbitkan dari 1 januari 2011 hingga 31 disember 2011 layak bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011. Sebanyak 14 anugerah dipertandingkan dalam anugerah blockbuster 2011. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Filem Popular, Pengarah Popular, Pengarah Baru Popular, Hero Populardan Heroin Popular.
 
Antara filem yang bakal bersaing dalam anugerah blockbuster 2011 adalah Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu, Songlap dan banyak lagi.
 
Anugerah Blockbuster 2011 bakal diadakan pada 6 Oktober 2012 pada pukul 8 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam dengan kerjasama Astro dan radio Era. 




Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *