Breaking News
Home » Info Sukan » Annuar Musa Bersalah Oleh FAM Digantung 2 Tahun 6 Bulan

Annuar Musa Bersalah Oleh FAM Digantung 2 Tahun 6 Bulan

Annuar Musa | Kes Annuar Musa Dan FAM – Muktamad sudah dan keputusan telah pun diputuskan yang Tan Sri Annuar Musa bersalah atas dua pertuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini 4 April 2012.Pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.Menurut sumber, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.
Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *