Breaking News
Home » Berita » Anna Gurji Aktres Innocence of Muslims Telan Pil Tidur

Anna Gurji Aktres Innocence of Muslims Telan Pil Tidur

Anna Gurji Aktres Innocence of Muslims – Nampaknya tekanan semakin kuat dengan berbagai pihak terus mengecam filem yang dikatakan menghina Nabi Muhammad Innocence Of Muslims. Turut menerima tempias adalah salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji. Pelakon filem yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu,

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

sumber sinar

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

One comment

  1. aku tak sanggup menonton kalau filem yg menghina Junjungan Besar kita…tu yang tak mau cari vc dia..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *