Breaking News
Home » Info Hiburan » Animasi Tempatan Terbaru Rimba Racer

Animasi Tempatan Terbaru Rimba Racer

Animasi Tempatan Terbaru Rimba Racer dijangka mampu memberi impak seperti siri animasi terdahului seperti Upin dan Ipin serta Boboiboy. Siri animasi kanak-kanak ini berlatarbelakangkan saingan litar lumba di hutan belantara.

Rimba Racer karya Glue Studios itu mula bersiaran sejak 10 Januari 2015 di saluran TV3 pada setiap Sabtu, pukul 5 petang dalam Slot Bananana! Where Kids Rule. Siri animasi Rimba Racer sebanyak 13 episod itu yang telah dilancarkan pada 17 Disember 2014 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dijangka bersiaran di saluran NTV7 dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Siri animasi Rimba Racer
Siri animasi Rimba Racer
Sinopsis Rimba Racer

Rimba Racer mengisahkan mengenai seorang pelumba jalanan, Tag dan rakan karibnya, Miles yang telah ditawarkan untuk berlumba dalam Rimba Grand Prix bersama barisan pelumba hebat lain.

Tag berentap bersama Bash Brothers dengan memandu kereta lumbanya iaitu The Ripper yang dibina oleh Miles sebelum dilamar pihak Rimba Grand Prix untuk menyertai perlumbaan berprestij itu.

Perjalanan demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelumba berjaya bagaimanapun tidak semudah yang disangka apabila perlu berdepan pelbagai rintangan dan musuh ketika menuju ke garisan penamat.

Mampukah Tag dan Miles mendapat rakan-rakan baharu di litar lumba? Dapatkah Tag meraih tajaan demi meneruskan perlumbaan dengan cemerlang?

Bagi adik-adik dan peminat animasi yang tidak berkesempatan menonton di kaca tv anda boleh menonton secara streaming setiap sabtu jam 5.00 petang di Streaming TV3

Check Also

Miss Kapten Cikgu Waiz

Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Miss Kapten Cikgu Waiz. Pastikan anda tidak ketinggalkan menonton drama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *