Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Anda Pemarah Ada 11 Tips Untuk Anda

Anda Pemarah Ada 11 Tips Untuk Anda

Tips Dan Cara Menghilangkan Perasaan Marah – Imam Syafie ada menegaskan: Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Cara Menghilangkan Perasaan Marah
Tips dan Cara Menghilangkan Perasaan Marah buat si panas baran

Cara Menghilangkan Perasaan Marah

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti seperti dibawah.

Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *