Breaking News
Home » Berita » Anakanda Tuanku Mukriz Mangkat

Anakanda Tuanku Mukriz Mangkat

Anakanda Tuanku Mukriz Mangkat. Anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukriz ibni al-Marhum Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat jam 11.55 pagi hari ini 15/1/2016. Kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan negeri menyebut Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Serba sedikit biodata Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin. Tunku Alif diputerakan pada 3 September 1984 dan merupakan putera bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin

Sebelum itu, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin telah diberitakan gering dna dimasukkan ke hospital. Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja

Innalillahi Wainalihrajiun dan takziah buat Tuanku Mukriz ibni al-Marhum Tuanku Munawir dan seluruh kerabat diraja Negeri Sembilan atas kemangkatan Tunku Alif.

Pengumuman rasmi SUK
Pengumuman rasmi SUK

sumber BH Online / phat.my

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

One comment

  1. alfatihah .. semoga allaharyam ditempatkan di golongan orang beriman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *