Home » Uncategorized » Amuk 4 Beranak Berjubah

Amuk 4 Beranak Berjubah

Keluarga Berjubah Samun Stesen Minyak..ermm macam macam cara sekarang orang nak menyamun.Mengalahkan anggota polis yang buat undercover pula caranya berpakaian.
Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.-Seperti yang di laporkan dalam harian metro 16-05-2011

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Adoii laa..ada ada pulak geng penyamun yang ahlinya anak beranak.Jadi zaman sekarang bahaya dan jenayah memang ada dimana mana.Jadi kita perlu waspada dengan situasi sekeliling.lebih lebih sekali dengan isu simbah asid sekarang ni..!

Sumber HM

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

5 comments

  1. apa punya penyamun la.. ~_~

  2. hebat !!. keluarga penyamun. hahaha

    Faedah ganggu isteri orang

  3. uih..pernah dengar gak orang nak anak ramai2, nak buat team futsal.. tapi x pernah dengar lak nak buat team menyamun..hehe… kat mana ni??

  4. penyamun oh penyamun .. hoho

  5. penyamun oh penyamun .. hoho

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *