Breaking News
Home » Santai » Aman Sikit Sebab Hari Ini Gencatan Senjata

Aman Sikit Sebab Hari Ini Gencatan Senjata

As salam.. agak lemau sikit hari ini. Mungkin kesan dari kurang tidur ditambah dengan kerja yang melambak. Nak mulakan ayat membuat entri pun payah.. tapi malam ini suasana agak aman sikit sekitar rumah ini. Apa taknya tiap-tiap malam berperang bomm bang bomm.. bunyi mercun sana-sini.
Akibat hari ini hujan selepas waktu berbuka tadi , maka secara tak langsung berlakulah gencatan senjata..hehe..yer lah macam mana mereka nak berperang kalau hujankan..syukur hari ini hujan rahmat turut sebab sudah hampir sebulan tak hujan..sejuk malam ni.. 
Esok kalau cuaca tak hujan mungkin akan ada yang melanggar gencatan senjata..hehe..apa apa pun jangan main mercun , bikin bahaya dan bikin semak kepala laaa.. 

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

One comment

  1. Syazlina Khairuddin

    ingat gencatan senjata pe la tadi..hehe..selamat hari raya en.kiz =)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *