Breaking News
Home » Agama » Amalan Sunnah Yang Hebat Untuk Diamalkan

Amalan Sunnah Yang Hebat Untuk Diamalkan

Amalan Sunnah Yang Hebat Untuk Diamalkan. Banyak sahaja amalan sunnah yang boleh kita amalkan setiap hari tanpa henti. Banyak kebaikan yang akan kita perolehi hasil dari amalan sunnah jika dibuat dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Disini kami kongsikan beberapa amalan sunnah yang hebat serta mudah diamalkan.

Amalan Sunnah Yang Hebat
amalan sunnah hebat

Amalan Sunnah

Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Lepas sembahyang subuh amalkan membacanya. Tidak perlu panjang andai kita sibuk cukup pendek dengan penuh pemahaman tetapi diamalkan setiap hari.

Berjemaahlah di masjid bermula dari solat subuh. Masjid merupakan pusat keberkahan. Alangkah indah setiap pagi sebelum mencari rezeki kita ke masjid kerana panggilan Allah.

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Amalkan bersedekah dengan ikhlas walaupun sedikit.

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Diatas adalah beberapa amalan sunnah yang rasanya mudah untuk kita amalkan setiap hari. Insyaallah setiap amalan yang dibuat kerana Allah itu besar ganjarannya.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *