Breaking News
Home » Agama » Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Amalan Sunnah Di Hari Jumaat Dan Malam Jumaat – Banyak amalan sunnah yang boleh kita lakukan pada hari jumaat bermula dari malamnya hingga ke siang hari jumaat ketika solat jumaat di masjid. Semoga amalan sunnah ini akan lebih mendekatkan kita kepada Allah kerana ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi. Disini saya ingin kongsikan amalan yang boleh kita amalkan pada hari jumaat. Jumaat penghulu segala hari.

Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Amalan memperbanyakkan selawat kepada Nabi saw.
Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari juma’at dan malam juma’at. Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.” – HR al-Baihaqi, Lihat Ash-Shahiihah no. 1407.
Kelebihan membaca surah al kahfi

Amalan membaca Surah Al-Kahfi pada hari dan malam jumaat.
Dari Abu Sa’id r.a, bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua juma’at.” – HR an-Nasa’i, al-Baihaqi. Lihat al-Irwaa’ no. 626.

Orang lelaki dianjurkan mandi, berhias, dan memakai wangian.
Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya hari ini (juma’at) adalah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Barangsiapa yang mendatangi sholat juma’at maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak.” – HR Ibnu Majah.

Segera ke masjid menghadiri sholat jumaat.
Dari Aus bin ats-Tsaqafi r.a, dia berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda’ yang bermaksud,

“Barangsiapa yang mencuci rambutnya dan mandi pada hari juma’at, kemudian pergi (untuk sholat juma’at) pada awal waktu mendapatkan kutbah pertama, dengan berjalan tidak menaiki kenderaan, kemudian ia duduk dekat kepada imam lalu mendengarkan khutbahnya dan tidak melakukan hal yang lain, maka setiap langkah kakinya akan dibalas dengan pahala puasa dan sholat malam selama setahun.'” – HR Ahmad, Abu Dawud & At-Tirmidzi.

Duduk dekat dengan Imam (Khatib) ketika solat jumaat .
– Dari Samurah bin Jundah r.a, dia berkata, ‘Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Dengarkanlah khutbah dan dekatlah dengan Imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di Syurga meskipun ia memasukinya.” – HR Abu Dawud, al-Hakim. Lihat ash-Shahiihah no. 36.

Tidak melangkahi bahu orang lain.
Dari ‘Abdullah bin Busr r.a, dia berkata, ‘Seseorang lelaki datang pada hari juma’at lalu melangkahi bahu orang (yang sedang duduk), manakala pada waktu itu Rasulullah saw sedang berkutbah. Maka dari itu, Nabi saw berseru kepadanya, ‘Duduklah! Sungguh kamu telah menyakiti dan datang lambat.’ – HR Ahmad, Abu Dawud.

Dianjurkan solat sunat sebelum sholat jumaat.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa yang mandi lalu mendatangi sholat juma’at, kemudian ia mengerjakan sholat sebanyak yang ia mampu, diam mendengarkan imam hingga selesai berkutbah, dan sholat bersamanya, maka dosanya antara juma’at itu dan juma’at setelahnya akan diampuni, dan ditambah tiga hari lagi. – HR Muslim.

Imam boleh menegur untuk sholat sunat walaupun ia sedang berkhutbah.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a , dia berkata, ‘Seorang lelaki datang ketika Nabi saw sedang berkutbah pada hari juma’at. Nabi saw kemudian bertanya kepadanya, ‘Apakah kamu sudah sholat, hai Fulan!’ Ia menjawab, ‘Belum.’ Kemudian Rasulullah berkata, Berdirilah dan solatlah!.” – HR Bukhari & Muslim.

Dalam riwayat lain disebutkam,

“Jika salah seorang dari kalian datang pada hari juma’at dan imam sedang berkhutbah, maka hendaklah ia sholat dua rakaat dan hendaklah ia meringankannya (meringkas dan mempercepat). – HR Muslim.

Berpindah tempat duduk ketika mengantuk.
Dari Ibnu ‘Umar r.a, dia berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Jika salah seorang dari kalian mengantuk, manakala ketika itu ia berada di masjid (mendengar khutbah), maka hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat (duduk) yang lain.'” – HR Ahmad, Abu Dawud,

Duduk menghadap Imam.
Syaikh Al-Albani rahimahullah berkata dalam ash-Shahiihah, ‘Menghadap ke arah khatib merupakan sunnah yang telah ditinggalkan.’ Kemudian, beliau menyebutkan hadis no. 2080,

“Jika Nabi saw telah naik ke atas mimbar, kami pun menghadapkan wajah-wajah kami kepada beliau.”
Jumaat Penghulu Segala Hari

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *