Breaking News
Home » Info Hiburan » Alkisah Kamal Adli Dan Emma Maembong

Alkisah Kamal Adli Dan Emma Maembong

Alkisah Kamal Adli Dan Emma Maembong. Apa cerita terkini selebriti popular berdua ini. penghunjung 2014 sangat hangat dengan gossip berkaitan mereka yang turut melibatkan Zizan Razak dan Intan Ladyana. Bagaimana pula kisah seterusnya pada tahun 2015.

Kamal Adli Dan Emma Maembong
Kamal Adli Dan Emma Maembong

Terlalu awal untuk kami bercinta, itulah jawapan Kamal Adli berkaitan hubungan rapatnya dengan Emma Maembong. Ramai peminat mereka menganggap mereka sedang bercinta apa lagi dengan satu gambar yang disiarkan oleh Emma dalam instagram ketika membuat kejutan hari lahir Kamal Adli ke 29.

Kita tengok apa kata Kamal Adli berkaitan perkara ini yang dipetik dari BH Online.

Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba “sailang” hubungan mereka dan dengan situasi “hangat” masing masing. Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius,¬†Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya. Hakikatnya dia hanya nak ucapkan selamat hari lahir kepada saya. Mujur pula peminat saya sebaliknya. Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan, ..andai soal Emma dan cinta lamanya masih berbangkit – KAMAL ADLI

Kamal Adli menganggap kejutan yang dibuat oleh Emma pada sambutan hari lahirnya hanya sebagai satu ingatan dari seorang sahabat. Walau apa pun MySensasi mengharapkan kedua selebriti ini terus sukses dalam kerjaya dan tidak terjejas dengan berbagai spekulasi dunia hiburan.

sumber BH Online

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit.¬†Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *