Breaking News
Home » Info Sukan » Alhaji Kamara Import Baru JDT

Alhaji Kamara Import Baru JDT

Alhaji Kamara Import Baru JDT. Selepas membawa masuk Patricio Rodriguez , terbaru JDT membawa masuk pula seorang lagi penyerang muda Alhaji Kamara untuk memperkuatkan barisan serangan pasukan itu. Pemain yang berasal dari Sierra Leone itu dijangka mampu membantu dalam memburu kejuaraan musim 2015.

Alhaji Kamara dipinjam dari kelab IFK Norrkoping yang bermain dalam liga Sweden , bakal mengantikan dua penyerang asal yang bakal meninggalkan JDT iaitu Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz. Kamara bakal berganding dengan Rodriguez sepanjang musim ini.

alhaji kamara
alhaji kamara pemain import baru JDT dalam saingan Liga Super 2015

JDT mendapatkan pemain ini atas dasar pinjaman namun mempunyai pilihan membeli. Menurut Tunku Ismail , bersedia mengikat pemain itu jika persembahannya baik serta pemain itu gembira tinggal di sini ketika majlis memperkenalkan pemain itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini ( jumaat ).

Alhaji Kamara pula menyatakan bahawa tertarik dengan kemudahan dan kualiti pasukan itu. Biarpun atas dasar pinjaman, dia bersedia berusaha dengan gigih dan menyumbang sesuatu kepada kejayaan JDT.

 

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *