Breaking News
Home » Info Sukan » Alasan Dollah Salleh Selepas Kalah 10-0

Alasan Dollah Salleh Selepas Kalah 10-0

Alasan Dollah Salleh Selepas Kalah 10-0. Apa sebenarnya yang berlaku di Abu Dhabi sehingga sejarah tercipta dimana pasukan Malaysia dimalukan dengan jaringan besar. 10 gol tanpa balas adalah rekod terburuk yang dicatatkan oleh skuad negara sepanjang zaman. Apa alasan yang akan diberikan oleh pengendali pasukan itu Dollah Salleh.

Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE – memetik kata Dollah Salleh

Seperti biasa, alasan tidak cukup masa dan pemain keletihan menjadi punca kepada kekelahan. Jika sudah berulang kali dijadikan alasan, kekadang muak juga, sebab jika sudah tahu begitu FAM sepatutnya lebih memahami dan perlu memikirkan sesuatu sejak dari dulu lagi. Jika sudah terbolos 10 gol, segalanya sudah terlambat.

Adakah Dollah Salleh akan meletakkan jawatan selaku jurulatih skuad kebangsaan ?

Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bolasepak di Malaysia ini harus kembali memikirkan apa yang sepatutnya dengan mendengar pandangan berbagai pihak dari berbagai sudut. Bangunlah dari mimpi indah, sebelum terlena selama-lamanya.

Untuk info, skuad Malaysia akan berdepan dengan Arab Saudi dalam perlawanan keempat mereka pada Selasa 8 September 2015 di Stadium Shah Alam. Apa nasib mereka kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Malaysia 0 UAE 10
Malaysia 0 UAE 10

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

One comment

  1. alasan oh alasan…dah jemu mendengarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *