Breaking News
Home » Santai » Alahai Mata Sabar Je Lah

Alahai Mata Sabar Je Lah

As salam , selesai sudah kita menjalani ibadah puasa untuk hari yang pertama. Mungkin hari ini agak penat sikit kerana badan masih belum dapat terima perubahan. Tapi kata orang alah bisa tegal biasa. Tak der hal lah kan, bukan pertama kali ni nak puasa. Tak tahu lah kalau ada yang dah besar panjang baru nak belajar puasa.. memang tak patut.

Cuma petang tadi rasa agak kurang sesuailah dengan suasana dan waktunya. Masa ronda-ronda cari sesuatu untuk santapan berbuka puasa di bazar ramadan petang tadi.. mata ni asyik tersasul terpandang keketatan dan kesendatan ala-ala balutan nangka.. kenapa masih nak pakai macam tu? Memang tak diakui semua bertudung , tapi yang bawahnya sendat mendat cam no lak.. lain kali pakai le yang kembang-kembang sikit..tak marah tapi nasihat je..huhu.

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

3 comments

  1. dugaan puasa bukan?
    mata nak jaga tp dugaan pula, cam ner nak beli juadah kalau tgk bawah jer? heheheh

  2. PUasa dr segi semua benda.. nak pulak time kat bazaar… haha

  3. duugaaannn…selamat berpuasa kiz..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *