Menu Tutup

Aku Yang Perasan Atau Dia Yang Ada Perasaan .. Ha Ha Ha

Dari tadi tergodek-godek..tekan sana..tekan sini cari idea ..tak jumpa pun..kah kah.Kalau nak ikut niche blog separa peribadi ni memang senang nak dapat idea apa yang nak tulis..tapi kena tapis-tapis gak supaya tak tulis perkara yang tak sepatutnya ditulis..salah tulis bikin malu saja nanti.terutama cerita yang terlalu peribadi..huhu..itu kata sifu aku dalam blogging la.. ( siapa sifu aku..sifu aku adalah pengalaman..)

Tapi apa yang aku perhatikan..tajuk memang menjadi pilihan untuk orang terjah membaca..Tajuk panas memang laku..tajuk suam-suam kuku sejuk membeku je la..kalau tajuk yang protokol-protokol ni..lagi le orang macam malas je..macam yang aku tengok kat beberapa web ping..kalau tajuk dia..” Gadis Melayu Mangsa Seks ” fuhhh…ada yang sampai 30 view walaupun baru beberapa minit di ping kat web tu..terbaikkan..kah kah..pada hal cerita dia biasa-biasa je..cuba letak tajuk ” Warga Emas Perlu Bantuan ” ermm faham-faham sudah ler sambutannya..hehe.

Tapi apa pula kena mengena tajuk aku dengan entri ni ? haha..entah..tadi masa aku tulis tajuk nak tulis cerita lain..tapi bila dah masuk perenggan ke dua lain pula idea yang datang..belasah je lah..malas nak tukar tajuk…kah kah..cerita tu lain kali je tulis..peace..masih ada yang buat korban tak?

9 Comments

  1. Puteri Kasih

    tajuk panas memang cepat laku..macam goreng pisang panas…

    tapi tak tahu goreng pisang tu betul-betul sedap ke tak kan..

    p/s time minum petang tu yg kuar goreng pisang….hehehehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *