Menu Tutup

Aku Lagu Dan Kenangan

Salam kepada semua rakan2 blogger dan pembaca semua..hari saja nak kongsi cerita dalam lagu..paling senang kenangan pada lagu…Masa tengah lepak2 pagi tadi..terdengar lagu ni kat radio…Nyanyian Rindu Buat Kekasih – DATA ..Bila dengan lagu ni aku senyum senyum sendiri ingat cerita lama…hahahaha..jiwang pun mula terawang awang..pehhh..tak bleh blah seh…!!
Bukan apa aku teringat masa aku kat Jaybee dulu ( masa tu bujang ) tahun 1998 lebeh kureng aaa..( hampir 12 tahun kot )..kisah cintan cintun aku ngan seorang awek kelantan..nak dijadikan cerita tempat kerja kita orang memang di sediakan satu kelab karaoke dibawah kelab sukan dan rekrasi..time rehat je naik layan karaoke..awek aku ni mesti nyanyi lagu ni..dia kata khas buat aku..kalau nak ikutkan lirik memang feeling abis..hahaha..adeh memori memori…!!
Tapi biasalah kusangkakan hujan tapi ribut di tengah hari..segalanya hancuss angkara orang ketiga..ke empat dan ke ke ke tah yang ke berapa tah lagi..Sekarang lagu tinggal lagu..cerita tinggal kenangan..cinta hancuss bersepai..Tu sebab bila dengar lagu ni senyum2 sendiri jek..ermm mana kau sekarang ye awek…bahagiakah engkau..!! Ada berapa anak sekarang?? semoga bahagia lah ye…!! aku rindu ke kat kau?? kekadang ada la sket2..tak banyak pun..lagi pun aku dah ada chenta baru..putera puteri pun dah ada..semoga kau pun sama bahagia cam aku …
Korang lak cam ner??? tak der lagu lagu yang mengembalikan kenangan korang?? ada ke? aku ada!!! haha..
Nota kecil : Aku rindu kenangan bersama rakan2 semasa di jaybee..kenangan zaman bujang..huhu syahdu btol laa..

10 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *