Breaking News
Home » Santai » Aku Ingin Kembali Seperti Dulu .. Kembalikan Jiwa Blogging

Aku Ingin Kembali Seperti Dulu .. Kembalikan Jiwa Blogging

Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat menulis..ubah sikit untuk sesuaikan dengan maksud.Bolehlah ye..Aku ingin kembali seperti dulu? kembali seperti apa? Nak jadi baby semula ke? eh..dah tua-tua ni macam-macam pula keinginan ini.Ini semua pasal bloglah..blog suam-suam kuku ini.
Aku ingat lagi bukan mudah nak naikkan sesuatu blog menjadi sebuah blog yang digemari ramai.Macam-macam usaha perlu dilakukan.Kena ikut trend semasa walaupun kekadang terasa macam dah kena kejutan budaya.Alhamdulillah,walaupun blog ini tak seberapa tapi melalui blog ini juga aku belajar berbagai perkara.Kenal siapa kawan siapa lawan.Siapa berani depan siapa tikam belakang.Dari zero menjadi hero..ehh macam-macamlah ilmu kita dapat dari blog ini.
Maksud aku kembali seperti dulu adalah..aku akan kembali menulis dengan kerap entri-entri merapu aku.Kerana sejak akhir-akhir ini aku banyak melayan SEO..memang masyuk SEO inikan.Tapi bukan bermaksud tak mahu layan SEO tapi sekali-sekalalah..tak kisah pun bab trafik ni..janji sehari 4 angka sudah..haha.Yang penting aku nak kembali semua kepada jiwa aku sewaktu mula-mula blogging dulu.Harap leh terimalah ye entri aku yang kekadang entah apa apa.
pstt: aku akan sumbat entri SEO aku kat SINI sampai blog tu pitam dan berjaya..haha..namun kat sini tetap akan ada SEO sebagai penampal trafik yang bocor..haha

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

6 comments

  1. Belalang hijau Perisik

    hehehe sama2 mencari jiwa yang hilang bro ^_^

  2. mood blogging agak merundum awal tahun baru ni..mungkin mahu mencari kelainan tapi tak kesampaian..sama lah kita,mahu berblogging sperti dulu..banyak idea..^__^

  3. inilah penyakit blogger yang sering melanda…kadang membuat kita malas nak update…

  4. kadang-kadang mood lari lintang pukang..payah nak kejar.

  5. hormon tak stabil pon boleh larikan mood ke hulu ke hilir. asal jangan sampai tak de mood cukup sepanjang hidup. naik turun mood itu normal.

  6. meh sy tiup2 sikit kat abg kz..hehehehe..supaya dtg mood dia blik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *