Menu Tutup

Aku Dan Sesuatu [ 05 ] Melayar Mimpi

Dalam samar kabur pandangan
dalam kelam hilang pedoman
dalam terang berpinar bola mata
dalam terik memerah keringat

Aku masih berlari
berlari mengejar mimpi
kerana dalam mimpi ada mimpi
yang menyatakan kau menunggu
menunggu sepenuh hati

Memang segalanya tak pasti
tapi aku relakan hati
kukatakan pada diri sendiri
yang kau memang wujud di luar mimpi
sememangnya aku pasti

kiz..melayar mimpi..n9

8 Comments

  1. Syuxer

    fantasi kadang2 mampu menyuburkan pengharapan biarpun jauh dari realistik..

    andai fantasi mampu diterjemahkan menerusi layar realiti pasti kebahagiaan akan melingkari kehidupan kita..

    (ntah pe aku mengarut hehhe)..

    apapun kata2 bro kiz tuh sungguh mendalam..:)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *