Home » Uncategorized » Aku Dan Sesuatu [ 03 ] | Semampu Yang Ada

Aku Dan Sesuatu [ 03 ] | Semampu Yang Ada

Ku Cuba buka mulut seluasnya
Ku usahakan agar suara ini bergema
Namun sukar ku tembusi benteng tulinya
Kerana sumbang suara tiada laku jua

Ku atur pencak menggegar gelanggang
Ku susun langkah menyusur onak
Namun kebal kuasa tiada lawannya
Kerana si kerdil dengan gergasi tiada tandingnya

Ku tadah tangan mengharap ihsan
ku titip rasa seikhlas adanya
Kelembutan hati ku harap jua
Semoga ruang untuk terjaga masih terbuka

[kiz, di suatu sudut dunia..N9]

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

14 comments

  1. hurmmm..tak selalunya kita boleh bersuara..biarkan ianya hanya dibenak fikiran;)

  2. kiz beberapa hari ni entri emo je. ada masalah ke kiz ? share la

  3. adakala lebih elok bdiam dari bersuara 🙂

  4. @Freaky sekadar mencurah rasa bila melihat isu yang di sekeliling sekarang..

  5. selagi mampu, selagi terdaya..kita cuba.

  6. relax lah kiz…hehe..semangat lah sikit..antara icon-icon facebook yang mungkin anda belum tahu

  7. btul bro…tp bila ckp dia tuli.. mentang2 dia gergasi ingt tk leh kalah ke..tunggu la kuasa lidi yg klau diikat banyak2 9julai ni bukn senang dipatakan.. kih kih kih

  8. emm..bila suara cam kita rakyat bawahan,memang x akan kedengaran..

    melainkan kita bersatu padu membentuk lautan besar, mungkin ketulian itu akan sembuh..malah gempak gempita dari suara rakyat bawahan itu kadangkala mampu menjadikan runtuhnya tembok dinasti nya..

    kadang2 kelembutan tidak sampai kepada hati yang keras..walaupun ada gak tersasar tatasusila..huhu

  9. Apo ingat kami semut yang tak didengar suara, gigit baru tahu..
    kerjanya pijak orang..
    bersuaralah, andai hati mampu lepas beban..
    ceria selalu naa…

    ++, terima kaseh tanda persahabatan..! 😀

  10. hani@debumelukut

    salam..akak masih cuba terjemahkan rasa dari cetusan minda ini..hmm, apa yg tersurat ini mesti dari apa yg tersirat..jap, jap nak kaji nih.

  11. susah betul kpah nak paham…hanya boleh baca jer dik kiz…masa kpah tingkatan 6 dulu..subjek sastera..hampir gagal…heee

  12. kalo suare xbunyi, biar tangan je yg cakap.. haaaaa

  13. terbaik…dalam makna tu…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *