Breaking News
Home » Uncategorized » Aku Dan Sesuatu [ 02 ]

Aku Dan Sesuatu [ 02 ]


Aku bukan si pencanang
Yang membawa watikah menghambur suara
Suara yang meretakkan konkrit saudara
Yang tanpa sedar semakin hanyut di hujung masa..

Aku bukan si juga perancang
Menyusun agenda memutar fakta
Memikir perkara yang melebihkan auta
buat sajian tetamu yang tak tahu cerita..

oh pedih luka pedih tusukkannya
Kenapa masih tidak bangun dari lena
Kenapa masih tidak celik dari buta
Kenalilah siapa hamba siapa tuannya..

Aku sekadar ingin menari bicara kata
Menitip kata apa yang di rasa
Malu rasanya handak mengaku ikatan darahnya
Bila pusaka di taruh demi kuasa..

[Coretan Rasa : kiz @ di suatu sudut dunia..N9]

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

11 comments

  1. ermmm part last tue kyra phm cket3..tp xrti huraikan huhuhu

  2. @Ku Azhar sajak daa..cara aku lepaskan apa yang aku rasa..hehe..

  3. aku tidak mengerti sajak neh bro..:)

    apakah ini kaitan sikap orang melayu yang bertelingkah sesama sendiri(rasanya kot)

  4. suka baca sebab ayat terbaik…tapi tak paham sebab saya budak ekonomi bukan sastera..hahahha

    but i was great..

  5. macam tengah sedih n kecewa je.. betul ke amani expect ni?? huhu

  6. @Syuxer yeah syuxer..sedih aku pedih tengok benda2 ni semua

  7. @nurathirahkaman pandang kehidupan sekeliling kita..kita akan faham apa yang tersirat…( saya dulu pun belajar teknikal jek..tapi memang suka menulis..hehe)

  8. @azwa amani btol tu..sedih dengan apa yang aku lihat sekarang..dimanakah akal dan fikiran..dah musnah nanti baru nak menyesal..

  9. walaupun sy lmbab sajak2 neh..
    but nice one 😀

  10. awesome!!

    wanna join me 4 Thought Friday?(^_^)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *