Breaking News
Home » Berita » Aksi Separuh Bogel Pengantin Gemparkan Ipoh

Aksi Separuh Bogel Pengantin Gemparkan Ipoh

Aksi Separuh Bogel Pengantin Gemparkan Ipoh – Aksi apakah ini. Kalau aku tengok boleh muntah agaknya. Macam tak ada cara lain agaknya. Tapi aku pun tak pasti kisah sebenar. Kenapakah pasangan pengantin ini berjalan separuh bogel. Nasib baik tidak sepenuhnya.. macam-macam hal.
Cerita aksi separuh bogel ini pun aku terbaca di akhbar online. Akhbar ni pun dapat dari laporan facebook. Yang facebook ini entah dapat dari mana. Dunia tanpa sempadan , cepat je..smartphone..snap post..Jadi ingat-ingatlah kalau nak buat kerja terkutuk pun.
Menurut laporan akhbar tu , aku copy bulat-bulat je lah ok.. kang aku ubah salah fakta pula.
Orang ramai di sekitar Jalan Sultan Yussof di bandar raya ini pagi ini dikejutkan dengan pasangan pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel. Aksi mereka mendapat perhatian orang ramai yang ketika itu sedang sibuk melalui jalan berkenaan selepas pasangan pengantin itu dikatakan baru selesai menjalani sesi fotografi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna putih dan berkain layah manakala pasangan lelaki hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna Facebook dipercayai diambil di hadapan laluan zebra sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna Facebook lain.
Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.
Say No To BOGEL
 
 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *