Home » Info Hiburan » Aksi Hangat Dewi Persik Di Muzik Fiesta Indonesia

Aksi Hangat Dewi Persik Di Muzik Fiesta Indonesia

Stadium negara hangat dengan aksi Dewi Persik dalam acara tahunan Muzik Fiesta Indonesia.Selain Dewi Persik artis lain yang terlibat adalah Kristal, Jinbara, Sheila on 7,Monata dan God Bless.Acara ini dianjurkan oleh Celcom dan Clockwork Events.

Dengan kombinasi pakaian seksi dan tarian agak ghairah di atas pentas, tidak hairanlah mengapa beliau antara artis terseksi Indonesia sekarang. Memulakan set dengan ‘Stop! Kau Mencuri Hatiku’, Dewi Persik membuat persembahan sekitar satu jam, mendendangkan lagu-lagu popular Indonesia seperti ‘Saat Terakhir’ ST 12, ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Mulan Jameela, dan ‘Alamat Palsu’ Ayu Ting Ting.

Muzik Fiesta Indonesia diakhiri dengan persembahan kumpulan God Bless.God Bless mempersembahkan 9 buah lagu, antaranya ‘Menjilat Matahari,’ ‘Rumah Kita,’ ‘Bis Kota,’ ‘Semut Hitam’ dan ‘Panggung Sandiwara’.

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *