Breaking News
Home » Berita » Akhirnya RM 35 Ribu Berjaya Dikumpul

Akhirnya RM 35 Ribu Berjaya Dikumpul

Tabung adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad – Syukur sebab akhirnya RM35,000 berjaya dikumpul untuk kos pembedahan Mawar Nur Farisya.Mawar menghidap lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit.
Tabung ini menerima sumbangan RM30,000 daripada anak syarikat Kerajaan Negeri(GLC)Selangor. Sumbangan tersebut mewakili Pemerbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Sehingga petang semalam, sumbangan orang ramai yang diterima melalui akaun Maybank dan Bank Islam buat Mawar berjumlah RM11,375.00 menjadikan jumlah terkumpul setakat ini RM41,375.00.
Seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian pada 23 Mac,Mawar yang lumpuh otak memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos rawatan pembedahan merawat penyakit jantung berlubang dan injap jantung sempit di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.Mawar akan menjalani pembedahan pada 3 April 2012 untuk merawat injap jantung sempit dan jantung berlubang yang dihidapinya sejak bayi.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

9 comments

  1. Syukurlah, ramai masyarakat yg prihatin dlm negara kita ni..semoga pembedahan itu berjalan dgn lancar berkat doa kita yg menderma..

  2. semoga pembedahan berjalan dgn selamat… kecian budak ni…

  3. semoga semua nya selamat

  4. harap semuanya berjalan dengan lancar

  5. semoga berjalan lancar semua urusan.

  6. Alhamdulillah..semoga rawatan adik mawar berjalan dgn selamat.

  7. alhamdulillah. masih ada yang baik hati di dunia ini.

  8. alhamdllah ..mringankn ssuatu bebanan kn 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *