Breaking News
Home » Santai » Akaun Google Aku Dah Melingkup

Akaun Google Aku Dah Melingkup

Salam semua dan selamat petang.Selamat bercuti sakan kepada semua rakyat Malaysia.Cuma ada satu perkara je yang mencacatkan mood cuti aku hari ini.Akaun Google aku telah disable..huh kenapa apa ini ? Apa salah dan apa dosaku.Nak kata aku salah guna akaun google aku untuk blog tak der maknanya.Rasa aku tak pernah lagi aku tulis atau share cerita porno atau gambar awek bogel kat blog aku..huhu..

Petang ni baru je kena,tu pun aku perasan masa aku nak komen kat blog rakan2 tadi..terus keluar statement yang agak-agak kurang mengembirakan aku..” We’ve detected unusual activity on your account. To immediately restore access to your account, choose how to verify your account. “.Dia suruh verify..10 kali aku try tak boleh gak..dia tak hantar langsung kod untuk verify.Mungkin pihak Google tengah cuti tahun baru kot.argghh bikin cuak tahap gaban eh.

Fikir punya fikir teringat satu lagi email yang aku dah buat untuk akaun google..dan yang lebih bernasib baik adalah aku dah tambah email / akaun tu ada ekses kat blog.Kalau tak bakal tak berupdatelah blog atau mungkin aku akan hilang terus dari dunia blog.Benda free apa boleh buat.Nanti aku cuba lagi verify..atau rakan2 ada cara lain ? Jangan ada effect pada blog sudah.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

9 comments

  1. 1.try bro clear cookies kat semua browser yang bro gunakan
    2.update antivirus n scan

    kalau itu tak jalan gak, aku tak dapat tolong dah hehe

  2. try varified via no phone.sbb kalo minta varify terus ke email kenkadang system google mslah so tu yang lmabt kan google 24 jam bekerja…

    tapi sebenrnya gua kurang fhm lg problem ni..cua terangkan betul2 kiz?..sbbynya gua pun heran x pernah jmpa masaalah camni seblum ni n member2 pun xde lg..

  3. google nk smbt new yer sbb tu jd cmtu…hehe

    ps : gurau je

  4. sy baru kena semalam..hehe dah okeyyy pagi td ..:)

  5. penyakit biasa google..maklum le benda free bro…

  6. dulu fiza pernah kene gak..tapi nasib dapat verify dan kejap je..google memang suke buat blogger kene serangan jantung jap..huhu..selalu verify dah ok dah..itu je caranya..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *