Breaking News
Home » Motivasi » Ajal , Maut , Jodoh Dan Pertemuan Ketentuan Allah

Ajal , Maut , Jodoh Dan Pertemuan Ketentuan Allah

Salam buat semua.Sebagai manusia kita harus redha dan percaya akan ketentuan Allah.Setiap kejadian itu susah atau senang adalah ujian bagi kita.Kita tidak akan diuji dengan ujian yang kita tidak mampu tanggung.Tertarik dengan kisah ini yang dipaparkan di beberapa akhbar hari ini, dimana kisah seorang gadis kembali bertemu dengan ibunya setelah tujuh tahun terpisah.Ini bukan terpisah yang biasa-biasa tapi akibat bencana tsunami yang melanda Acheh dulu.
Sedikit kisah untuk dikongsikan – Wati yang muncul di sebuah kafe di Meulaboh, bandar di wilayah Aceh, awal minggu ini berkata, tidak lama selepas ombak tsunami melanda, dia ditemui dan diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita yang memaksanya mengemis di jalanan, kadangkala hingga jam 1 pagi.Apabila dia berhenti mendapatkan wang, Wati dihalau keluar oleh wanita itu. Dia kemudian memutuskan untuk mencari keluarganya, tetapi hanya mempunyai sedikit maklumat untuk dijadikan panduan, hanya nama datuknya, Ibrahim.Seseorang di kafe itu membantu Wati mencari lelaki yang bernama Ibrahim tetapi lelaki yang ditemui itu tidak pasti adakah Wati benar-benar cucunya dan segera memaklumkan ibu bapa remaja itu.– petikan Harian Metro 24-12-2011
Itulah kuasa Allah,dia yang menguruskan setiap perjalanan.Dia yang memisahkan dan Dia juga yang menemukan.Kita cuba perlu percaya dan redha dengan ujiannya selain dari berusaha ,doa dan tawakal.

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

3 comments

  1. Kita cuma manusia biasa saja, mesti redha dan sabar dengan ketentuan Allah SWT. Syukur buat wati sebab dapat jumpa dengan family. :’)

  2. dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil..

  3. InshaAllah..ketentuan
    Allah mengatasi segala-galanya…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *