Breaking News
Home » Berita » Aisyah Tajuddin BFM Mohon Maaf

Aisyah Tajuddin BFM Mohon Maaf

Aisyah Tajuddin BFM Mohon Maaf. Setelah menerima banyak kecaman termasuk ugutan bunuh dan rogol, penyampai Radio BFM Aisyah akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas kontroversi yang membabitkan video yang dikatakan menghina hukum hudud yang bertajuk , Hudud Isi Periuk Nasi. 

Antara petikan kata-kata Aisyah dalam permohonan maafnya,

Setelah beberapa hari yang lalu, sebuah video di mana saya bercakap mengenai pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 telah menyebabkan kemarahan di dalam laman-laman media sosial. Video tersebut hanya menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama. Sejak video tersebut diterbitkan, pelbagai ancaman bunuh dan rogol telah ditujukan kepada saya, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Ia sangat mendukacitakan.

Tujuan video tersebut dibuat adalah untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan. Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf, maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apa lagi agama saya sendiri,

Menurut Aisyah objektif sebenar video tersebut adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan Pas Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam. Mengakui beberapa hari yang dilalui merupakan satu pengalaman pahit buat diri dan keluarga.

Video Hudud Is Periuk Nasi
Video Hudud Is Periuk Nasi

sumber Sinar

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *