Home » Motivasi » Air Yang Dicincang Tak Akan Putus

Air Yang Dicincang Tak Akan Putus

Pernah cuba cincang air? Tapi rasanya tak perlulahkan.Bukan dapat apa pun cincang air.Takkan putus punya.Kalau tak percaya juga cubalah.Tahu maksudnya? Lebih kurang macam inilah maksudnya.. hubungan persaudaraan itu tak akan terputus walau seteruk mana pun kita bergaduh.Mungkin peribahasa ini sesuai untuk satu kes ini.Kes Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali.Semua mungkin telah tahu tentang kes ugut dalam twitter Azwan Ali terhadap adiknya Ummi.Tapi dari kes itulah mungkin bermula titik tolak kepada tersambungnya kembali hubungan mereka yang telah sekian lama terputus yang difahamkan oleh pandangan berbeza dalam politik..huh politik memang mengjengkelkan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:” Belajarlah tentang nasab keturunan kamu sehingga kamu dapat menyambung silaturahim. Kerana sesungguhnya silaturahim menjadi sebab (timbulnya)kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia.
(riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan al-Hakim)

Nampaknya mereka telah pun berbaik semula dengan bermaafan antara satu sama lain.Harap ada keikhlasan dan perkara ini berkekalan.Apa guna nak bergaduh kerana tiada satu pihak pun yang akan untung.Apa lagi dengan adik beradik.Kisah ini jadikan tauladan andai kita juga mempunya masalah seperti ini.

Dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:” Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahim.”
(riwayat Imam Abdullah bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani)

Silaturrahim memang dituntut dalam agama.Tak kiralah sesama darah daging atau masyarakat.Dalam hal-hal begini ketepikan hal-hal dunia seperti pandangan politik,darjat dan lain-lain.Eratkan silaturrahim sebagai satu ummah.Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.Kalau dah roboh,siapa nak pedulikan..memang kena pijak-pijak je.

Rasululah s.a.w. bersabda:” Tidak masuk syurga pemutus silaturahim.
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Zubair bin Muth’sim r.a.)

Fikir-fikirkan..kerana kita dianugerahkan akal yang waras..semoga perkongsian ini bermanfaat.Insyaalah.

** hadis diambil dari beberapa sumber,jika ada kesilapan harap ditegur demi kebaikan bersama.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

4 comments

  1. betul tu..dah kena baru azwan tarik blik dan mintk maaf….yg lawaknya alasan azwan ada plak hasutan dri org dlm kerajaan sleangor..kih kih kih kih..

  2. bagusla macam tu..tak berkesudahan kalau bergaduh dengan darah daging sendiri.

  3. Betul, Azwan ni betul2 lah tak fikir sblm bcakap..artis ni macam2 karenah huh!

  4. btul2..ada masa perlu fikir dan renung kembali..tpi kesilapan kita tak perlu menunding pada org lain..kita yg cetus kita yg perlu sedia utk hadapi knytn..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *