Breaking News
Home » Info Sukan » AFF Suzuki Cup Azkals Benam Garuda

AFF Suzuki Cup Azkals Benam Garuda

Keputusan AFF Suzuki Cup kumpulan A 25 November 2014

Pasukan Philippines atau The Azkals mencipta kejutan apabila membenam cabaran skuad Garuda Indonesia. Kemenangan besar 4-0 ini sekaligus mencerahkan peluang pasukan ini untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Pasukan Azkals yang dibimbing oleh Thomas Dooley sebelum ini membenam cabaran Laos 4-1 dalam perlawanan pertama kumpulan A. Philippines kini selesa mendahului kumpulan B dengan 6 mata berbanding Indonesia ang sekarang 1 mata dari keputusan seri bertemu Vietnam.

Tuan rumah kumpulan A , Vietnam mengutip mata penuh apabila menewaskan Laos 3-0. Dengan keputusan ini, Vietnam berada di tangga kedua kumpulan dengan 4 mata dan hanya memerlukan seri ketika bedepan Philipines dalam perlawanan terakhir.

Indonesia pula mengharapkan kemenangan besar untuk mengurangkan defisit 4 gol bolos dalam perlawanan terakhir menentang Laos sambil mengharapkan Vietnam tewas kepada Philippines dalam perlawanan terakhir.

Esok akan berlangsung perlawanan kumpulan B yang membabitkan Malaysia vs Thailand dan Singapore vs Myanmar. Saksikan secara online live streaming pertemuan Malaysia vs Thailand bermula jam 5 petang esok dan pertemuan Singapore vs Manmar jam 8 malam.

Catatan bawah
Respon yang saya dapat dari sahabat blogger  penyokong TIMNAS phat.my ” lain macam philippines main “

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *