Breaking News
Home » Berita » Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita arus perdana. Adakah anda admin atau pentadbir group whatsapp? rasanya ramai sahaja yang menjadi adminkan. Memang banyak sahaja group yang dibuat atas berbagai tujuan dan urusan.

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Menurut satu artikel di BH Online, Admin atau pentadbir kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara. Tindakan undang-undang ini boleh dikenakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan adalah seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Menurut Datuk Jailani lagi, tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu iaitu pentadbir terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan

Jadi jika anda adalah salah seorang admin group whatsapp, pastikan ahli-ahli anda tidak menyebarkan sebarang perkara yang palsu atau menyalahi akta kumunikasi. Boleh dah letak jawatan jadi admin macam ni.

Apa yang penting sebenarnya gunalah semua media sosial sebagai satu medium untuk perhubungan atau memudahkan segala urusan seharian. Jangan guna untuk perkara yang tidak berfaedah.

sumber asal dari BH Online

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *