Breaking News
Home » Santai » Ada Pokok Mati Adalah Cendawannya

Ada Pokok Mati Adalah Cendawannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Hari ni dari pagi hujan renyai renyai turun membasahi bumi bertuah ini..tempat tumpahnya darahku. Hujan rahmat dari yang Esa.Bagaimana tugas harian anda semua? Semoga segalanya di permudahkan.

Walau apa juga tugas yang kita lakukan demi mencari sesuap nasi pastikan di lakukan dengan seiklasnya agar kita dapat merasai nikmat dari titih peluh kita sendiri. Tak kisahlah kerja apa pun apa yang penting apa yang kita usahakan itu halal.

Dimana mana pun di bumi Allah ini kita berada selagi kita berusaha selagi itu ada rezeki kita. Kita tidak perlu mengeluh dengan apa yang kita ada.Banyak atau sedikit itu bergantung kepada usaha kita dan ketentuan dariNya. Ibarat pepatah ada pokok mati adalahlah cendawannya yang memberi maksud walau dimana kita berada, akan ada rezeki kita.Apa yang perlu cuma usaha.

Dalam mencari rezeki biarlah mengikut kepada kemampuan diri jangan ikut hati. Biarlah mengikut kebolehan umpama mengukur baju di badan sendiri. Jangan tengok orang lain buat projek itu..kita pun nak ikut padahal kita kebolehan dan kemampuan terbatas.

Apa apa pun sesukar mana pun tugas yang kita lakukan buatlah sebaiknya..alah bisa tegal biasa..!!

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

5 comments

  1. mula2 mmg susah…tp kalo kita berusaha dan bljr dr semasa ke semasa insyaallah berjaya….

  2. nice entry…..

  3. usaha… doa dan tawakal…. n redha diatas sgl ketentuanNYA… 😀

  4. dalam fasa baru hidup iaitu start mencari rezeki

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *