Ada Apa Dengan Pisang Berbuah Dua Kali

Peribahasa melayu ada menyebut.. jangan sampai pisang berbuah dua kali. Tapi kali ni aku siarkan pengalaman sendiri wakil kami di Lembah Klang mengenai pisang gak, tapi pisang berbuah di batang..

Perkara ni berlaku atau pun disedari pada 14/10/2010 di Kg Sungai Sireh , Tanjung karang semasa beliau pergi kebelakang rumah untuk mengambil daun pisang..

Setiap yang berlaku itu adalah untuk menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah yang Maha Mencipta segala apa yang di kehendakiNYa.

kata beliau “masa gambar diambil kebetulan nak ambil daun pisang belakang rumah kampung orang rumah…alih-alih nampak sesuatu yang pelik tapi benar…”

Benarlah peribahasa melayu pisang berbuah dua kali itu wujud.

Maksud Pisang Berbuah Dua Kali

Sekali tertipu sudah pasti akan beringat agar kejadian sama tidak akan berulang lagi.