Breaking News
Home » Teknologi » Acer Iconia Tab 7

Acer Iconia Tab 7

Syarikat Acer Perkenal Acer Iconia Tab 7 , Harga Acer Iconia Tab 7  – Berbagai jenama dan model gadjet terkini berada di pasaran. Boleh dikatakan setiap minggu akan ada sahaja model-model terbaru yang mempunyai ciri-ciri tersendiri diperkenalkan oleh syarikat pengeluar gadjet telekomunikasi. Terkini syarikat Acer memperkenalkan Acer Iconia Tab 7 di pasaran Malaysia.
Acer Iconia Tab 7 ini mempunyai saiz skrin 7 inci dengan paparan 1024×600 dan memang susuai bagi melayari laman sensawang atau media sosial seperti facebook , twitter dan lain-lain. Fizikal yang nipis dengan hanya 0.89 sentimeter pasti menjadikan tab ini mudah dibawah ke mana sahaja. 
Acer Iconia Tab 7 dilengkapkan dengan pemproses empat teras bagi membolehkan pelayaran pantas, 16GB ROM yang boleh ditambah menerusi slot kad MicroSD, kamera belakang 2MP dan kamera depan HD dan menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 (yang boleh dinaik taraf kepada Android 4.4 Kit Kat). 

Acer Iconia Tab 7 boleh didapati dengan harga mampu milik RM499 seunit. 

sumber BH online

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *