Breaking News
Home » Uncategorized » Abu Al-Quran Dibuang Ke Laut

Abu Al-Quran Dibuang Ke Laut

30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengikuti proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan Pulau Sembilan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.Proses itu melibatkan kira-kira 1.5 tan abu naskah Al-Quran.

Menurut sumber,Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Abu Al-Quran yang dibakar juga mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.Selain itu laut yang bergelora tiba-tiba menjadi tenang apabila proses membuang abu bermula..itulah kuasa Allah..

Diolah dari Sumber

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

3 comments

  1. subhanallah…
    Alhamdulillah..dah selesai dengan cara yang sepatutnya,…

  2. sedih.tak tau knp.Alhamdulillah selesai cara baik.

  3. semua kejadian tu tanda maha suci Allah…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *