Home » Berita » Abdul Rani Kulup Jadi Buruan Peminat

Abdul Rani Kulup Jadi Buruan Peminat

Abdul Rani Kulup Jadi Buruan Peminat. Hampir 1000 laporan polis telah dibuat olehnya berkaitan isu-isu semasa dan sudah pasti kini dia pula menjadi buruan peminat. Terbaru Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) atau Raja Report Malaysia menjadi tumpuan ketika majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Begitu ramai pengunjung bersesak untuk mengambil gambar bersamanya ketika majlis itu. Ini membuktikan Rani Kulup betul-betul menjadi viral dikalangan masyarakat setelah dia tampil membuat laporan polis jika ada isu-isu yang kurang bagus untuk masyarakat awam.

Ketika majlis rumah terbuka KDN itu ramai tetamu yang tidak putus-putus untuk bergambar bersama malah ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran.Sambutan di luar jangkaan itu menyebabkan Abdul Rani ikon yang terkenal dengan hastag #kipidap itu banyak kali terpaksa berhenti makan demi melayani permintaan para pengikut dan peminatnya. Tanpa mengira umur, kaum dan jantina, malah petugas katering dan delegasi asing pun turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Abdul Rani.

Berikut adalah antara gambar yang dapat dikongsikan buat tatapan anda.

Rani Kulup Rani Kulup Kipidap

“Saya perlu layan. Bagi saya, ia bukan gangguan. Ini menunjukkan mereka teruja. Lagipun mana ada masa panjang, saya di sini juga sebagai tetamu. Jadi, bila lagi mereka hendak bergambar dengan saya? Bila saya boleh makan, saya makanlah,” – ABDUL RANI KULUP

sumber dan gambar mStar 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *