Breaking News
Home » Info Hiburan » Aaron Aziz Mohon Kerakyatan | Taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia

Aaron Aziz Mohon Kerakyatan | Taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia

“Malaysia dekat dihati saya” itulah antara sebab mengapa pelakon yang tengah hangat sekarang memohon PR atau Taraf Penduduk Tetap dengan kerajaan Malaysia.Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon Taraf Penduduk Tetap pada Ogos 2011.
Antara petikan kata-kata Aaron Aziz ““Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi.”Mungkin Aaron Aziz dah nampak masa depan yang lebih baik di Malaysia berbanding dengan negara asalnya Singapura.

Sementara itu,perkembangan terkini Aaron Aziz dalam bidang lakonan adalah akan membintangi sebuah filem adaptasi novel, “Ombak Rindu” bergandingan dengan Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae serta bakal menjengah pawagam pada 1 Disember 2011.Semoga terus berjaya Aaron Aziz.


Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

One comment

  1. dah lama tunggu filem ombak rindu 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *