Breaking News
Home » Uncategorized » Aaron Aziz Luah Rasa Terkilan

Aaron Aziz Luah Rasa Terkilan

Aaron Aziz Terkilan – Macam tak berkesudahan isu yang membabitkan Aaron Aziz dengan SENIMAN ini sejak memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011). Nampaknya seperti ada yang tak kena.Aaron Aziz meluahkan rasa terkilannya dengan situasi yang berlaku sekarang. 

Menurut laporan BH Online , Aaron Aziz menyuarakan rasa terkilan kepada Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) kerana tidak berusaha mempertahankan kontroversi membabitkan dirinya sejak memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) sedangkan dia juga adalah ahli dalam persatuan itu. Lebih mengecewakan, isu itu meleret-leret kerana selepas status kewarganegaraan dipersoalkan kali ini dia dicabar pula untuk mengemukakan permit kerja sah kerana bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia.Aaron menegaskan apa sekalipun yang berlaku tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkerja dan berada dalam dunia seni di negara ini. Malahan, dia juga tidak mahu terus memperbesar-besarkan isu yang dibangkitkan oleh Pemangku Presiden SENIMAN, Zed Zaidi. 

Harap isu ini selesai dengan baik demi kebaikan semua pihak.Bukan apa pun cuma dunia hiburan je kan..huhu..

sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *