Breaking News
Home » Uncategorized » Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Aaron Aziz | Bintang Paling Popular ABPBH 2011 – Terjawab sudah siapakah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.Malam kemuncak ABPBH 2011 yang diadakan pada 8 April 2012 di Arena Of Star Genting Highland menyaksikan Aaron Aziz dinobatkan sebagai bintang paling popular sepanjang tahun 2011.Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.
Aaron Aziz yang popular menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster membawa pulang kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.

Tahniah Aaron Aziz.Nampaknya ramai yang menepati ramalan siapa bintang paling popular.

sumber gambar dari BH Online

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *