Breaking News
Home » Info Sukan » 7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang melibatkan bintang bolasepak dunia. Perpindahan melibatkan kelab-kelab utama eropah. Keuntungan berlipat kali ganda dari harga asal menjadikan kelab boleh mendapatkan pemain baru. Inilah antara perniagaan dalam bolasepak.

Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak
7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

Untuk tahun 2017, satu lagi rekod perpindahan tercipta melibatkan Neymar yang berpindah dari Barcelona ke Paris Saint German ( PSG ). Nilai perpindahan adalah 222 juta euro yang bersamaan RM1.13 billion. Ini merupakan perpindahan tertinggi dunia setakat ini.

Selain itu tahukah anda ada 6 lagi nilai perpindahan tertinggi yang pernah dicatatkan dalam bolasepak.

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak
Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

Sebelum perpindahan Neymar dari Bercelona ke PSG, rekod perpindahan termahal dipegang oleh Paul Pogba dengan nilai 105 juta euro semasa perpindahan dari Juventus ke Manchester United pada tahun 2016. Rekod perpindahan ketiga tertinggi adalah Gareth Bale dari Tottenham Hotspur ke Real Madrid sebanyak 101 juta euro iaitu RM508 juta. Perpindahan keempat berlaku pada tahun 2009 melibatkan nilai 94 juta euro iaitu perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.

perpindah tertinggi bolasepak

Perpindahan kelima tertinggi yang dicatatkan adalah perpindahan pemain antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain dari Napoli ke Juventus. Nilai perpindahan adalah 90 juta euro pada tahun 2016. Sebelum perpindahan pada tahun 2017, Neymar pernah mencipta rekod perpindahan sebanyak 88.2 juta euro pada tahun 2013 yang melibatkan perpindahan dari Santos ke Barcelona. Untuk tahun 2017 satu lagi rekod perpindahan berlaku melibatkan Romelu Lukaku dari Everton ke Manchester United.

Itulah tujuh rekod perpindahan tertinggi dunia yang pernah dicatatkan sehingga saat ini ( Ogos 2017 ). Mungkin akan ada lagi nilai perpindahan tertinggi yang akan berlaku pada masa depan.

Check Also

keputusan liga perdana 4 ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017. Enam perlawanan lagi berlangsung dimana ini merupakan perlawanan ke …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *