Breaking News
Home » Berita » 5 Mei 2015 Cuti Peristiwa Di Pahang

5 Mei 2015 Cuti Peristiwa Di Pahang

5 Mei 2015 Cuti Peristiwa Di Pahang. Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan bahawa 5 Mei adalah cuti peristiwa bagi negeri itu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagi membolehkan orang ramai keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin. Keputusan untuk memberi cuti peristiwa pada 5 Mei telah pun dibuat dan  diputuskan dalam mesyuarat EXCO.

pahang

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih. Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS, Nuridah Salleh.

Seramai 53,294 pengundi membabitkan 52,744 pengundi biasa manakala 545 pemilih awal akan terlibat dengan PRK Parlimen Rompin nanti.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *