Home » Lelaki » 10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi

10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi

10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi. Lelaki ada berbagai sikap tetapi ramai yang mengaggap ego adalah satu-satunya perasaan yang beraja didalam jiwa lelaki. Tidak semua seperti itu. Kalau kena dengan caranya, pasti perempuan akan mampu menguasi lelaki. Paling senang cerita, boleh tackle perasaan lelaki walaupun dia hati dia sekeras batu. Ada cara dan tips untuk anda.

Bila lelaki sedang sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh atau mengedik meminta dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. Ini boleh membuat suasana bertambah tegang dan stress.

Bila lelaki ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

Bila lelaki jadi romantik
Ajaklah dia pergi bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

Bila lelaki sedang marah
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi
10 Cara Kuasai Lelaki Mengikut Situasi

Bila lelaki dalam kepenatan
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

Bila berdepan lelaki pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

Bila lelaki mula mengongkong
Jangan memberontak atau menurut. Ambil jalan tengah sahaja. Kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

Bila lelaki selamba
Cuba tarik perhatian dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

Bila lelaki bersikap curang
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. Mengalah tidak bererti kalah.

Bila jumpa lelaki lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

Jadi ini antara situasi yang sering kita jumpa.. pepandailah nak uruskan guna akal jangan guna emosi semata-mata.

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *